Tuesday, July 6, 2010

PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

STPM KERTAS 1

Pendapatan dibahagikan kepada
Pendapatan Hasil
Pendapatan yang berpunca daripada operasi biasa contoh hasil jualan, hasil perkhidmatan dan hasil daripada sewaan aset.

Pendapatan Modal
Pendapatan yang berpunca daripada urusniaga yang bukan operasi biasa.  Contoh : jualan aset tetap, faedah simpanan tetap, sewa diterima , dividen diterima daripada pelaburan dan lain-lain..

Perbelanjaan dibahagikan kepada
Perbelanjaan Hasil
Belanja bagi mendapatkan hasil kepada perniagaan. Contoh: gaji, sewa, utiliti, iklan, alat tulis, belanja am dan lain-lain.

Perbelanjaan Modal
Belanja untuk mendapatkan aset tetap. Contoh : beli aset tetap, kerugian akibat daripada bencana alam..

Perbezaan
1.  Pendapatan/perbelanjaan modal tidak dilaporkan dalam penyata pendapatan tetapi dipersembahkan dalam Kunci kira-kira.
2.  Pendapatan/perbelanjaan modal tidak dicajkan kepada penyata pendapatan untuk menentukan untung/rugi bersih sebaliknya pendapatan/ perbelanjaan hasil perlu dicajkan kepada penyata pendapatan untuk mengira untung bersih.

Kesan kepada untung dan kedudukan kewangan
1.  Pendapatan modal tidak memberi kesan kepada untung tetapi akan meningkatkan kedudukan ekuiti.
2.  Perbelanjaan modal akan meningkatkan kedudukan aset.
3.  Perbelanjaan hasil akan mengurangkan untung.

Thursday, July 1, 2010

KAWALAN BELANJAWAN

STPM KERTAS 2
1. Penting bagi sesebuah perniagaan untuk membuat perancangan dan meningkatkan prestasi di masa-masa akan datang.

2. Definasi :- satu penyata kuantitatif dan kewangan yang disediakan untuk tempoh akan datang dan polisinya diikuti sepanjang tempoh itu yang bertujuan untuk mencapai sesuatu objektif.

3. Objektif sistem kawalan belanjawan :-
(a) Perancangan – merancang aktiviti supaya objektif boleh tercapai.
(b) Koordinasi – menggabungkan semua aktiviti terhadap pencapaian objektif.
(c ) Motivasi –menggalakkan kerjasama diantara semua pihak bagi menjayakan sesuatu perancangan.
(d) Penilaian – menilaikan prestasi dari masa ke semasa dengan membandingkan prestasi sebenar dengan yang dirancangkan.
(e) Perlaksanaan – tindakan yang sewajarnya diambil untuk memulihkan keadaan apabila prestasi tidak memuaskan.

4. Jenis-jenis belanjawan.
A : Belanjawan Jualan
                 * Disediakan oleh pengurus jualan
                 * Tujuannya untuk merancang volum yang patut dijual
                 * Ramalan berdasarkan berdasarkan kepada:-
                 i – Pengalaman dan pengetahuan tentang pasaran dan pesaing
                ii – Laporan daripada jurujual tentang pasaran dan citarasa pelanggan
               iii – laporan kajian dan penyelidikan
               iv – Analisis daripada data-data statistik yang terkumpul

B : Belanjawan Pengeluaran
                * Disediakan oleh pengurus pengeluaran.
                * Tujuannya untuk merancang volum yang patut dikeluarkan
                * Anggaran pengeluaran bergantung kepada:-
                i – Anggaran jualan
               ii – Pegangan stok bagi sesuatu tempoh

               Pengeluaran diperlukan = Anggaran Jualan + Stok Akhir – Stok Awal

C : Belanjawan Penggunaan Bahan
               * Disediakan oleh pengurus pengeluaran
               * Amaun yang diperlukan bergantung kepada :-
               i – Bahan yang digunakan untuk setiap unit barang siap
              ii – Peruntukan tentang pembaziran dan kerosakan

D : Belanjawan Belian Bahan
              * Diuruskan oleh pengurus belian
              * Amaunnya bergantung kepada :-
              i – Amaun bahan yang akan digunakan
             ii – Anggaran pegangan stok
          Anggaran Belian = Anggaran Penggunaan + Stok Akhir – Stok Awal

E : Belanjawan Buruh Langsung
             * Disediakan oleh pengurus kakitangan
             * Merancang penggunaan tenaga buruh bagi mengeluarkan produk yang
                dirancangkan
             * Jumlah jam kerja bergantung kepada:-
             i – Masa yang diperlukan untuk mengeluarkan barang siap
            ii – Peruntukan masa terbiar dan kerosakan mesin

F : Belanjawan Overhed Kilang
            * Disediakan oleh pengurus kilang
            * Tujuannya menganggarkan jumlah overhed yang dijangka akan berlaku.
            * Amaun overhed bergantung kepada tabiat overhed sama ada tetap atau
               berubah.

G : Belanjawan Tunai
            * Disediakan oleh ketua akauntant
            * Tujuannya melihat penerimaan dan pembayaran bagi sesuatu tempoh
            * Kekurangan akan dibiayai oleh pinjaman

H : Penyata Pendapatan Pro-forma
             * Anggaran hasil dan belanja bagi sesuatu tempoh untuk menentukan
                keuntungan

I : Kunci Kira-kira Pro-Forma
             * Anggaran baki-baki bagi akaun yang terlibat.

Countdown SPM & STPM

There was an error in this gadget

Search This Blog