WIKIPEDIA BAHASA MELAYU
TOPIK-TOPIK YANG DIBINCANGKAN DALAM WIKIPEDIA
1. SEJARAH PERAKAUNAN
2. KELAYAKAN DAN PERATURAN PROFESIONAL
3. FIRMA PERAKAUNAN UTAMA DI DUNIA
4. AUDIT, JENIS PERAKAUNAN, PRINSIP PERAKAUNAN
5. KONSEP PERAKAUNAN
6. KONVENSYEN PERAKAUNAN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perakaunan#Prinsip-prinsip_akaun
Blog ini dibina khas untuk pelajar Tingkatan, SMK St. Mark, Butterworth, Pulau Pinang.
Monday, June 14, 2010
Tuesday, June 8, 2010
PERSAMAAAN PERAKAUNAN
ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK
ASET
Aset ialah sumber yang dimiliki seorang individu atau sebuah perniagaan yang biasanya terdiri daripada tunai, hartanah, bangunan, kenderaan, perabot, peralatan, inventori dan pelaburan dalam bentuk saham.
Aset terbahagi kepada aset tetap dan aset semasa. Semua akaun aset berbaki debit.
Ciri-ciri aset tetap
Aset yang mempunyai hayat lebih daripada satu tempoh perakaunan.
Boleh digunakan berulang kali.
Nilainya adalah tetap
Contoh : Premis, tanah, kenderaan, mesin, loji, alatan pejabat, lengkapan dan lekapan.
Ciri-ciri aset semasa
Aset yang mudah ditukar ke bentuk wang tunai.
Nilainya adalah tidak tetap.
Contoh : Tunai, penghutang, stok, belanja terdahulu, hasil belum terima.
LIABILITI
Liabiliti ialah obligasi, tanggunggan atau tuntutan yang dibuat oleh pihak luar terhadap perniagaan. Contoh liabiliti ialah pemiutang, pinjaman bank, belanja terakru dan hasil terdahulu.
Liabiliti terdiri daripada liabiliti jangka panjang.
Ciri-ciri liabiliti jangka panjang
Hutang yang perlu dijelaskan dalam masa lebih daripada satu tempoh perakaunan.
Contoh : Pinjaman bank, debentur, gadai janji.
Ciri-ciri liabiliti semasa
Hutang yang perlu dijelaskan dalam satu tempoh perakaunan.
Contoh : Pemiutang, overdraf bank , belanja terakru, hasil terdahulu (prabayar).
EKUITI PEMILIK
Ekuiti pemilik ialah baki nilai aset yang diperoleh selepas menyelesaikan semua tuntutan atau liabiliti. Baki aset yang diperoleh merupakan milikan yang dipunyai oleh pemilik perniagaan.
Ekuiti pemilik ialah hutang perniagaan kepada pemilik perniagaan mengikut jumlah yang dilaburkan oleh peniaga tersebut.
EKUITI PEMILIK = MODAL - AMBILAN + HASIL - BELANJA
Modal
Wang atau aset yang dibawa masuk oleh pemilik ke dalam perniagaan.
Ambilan
Wang tunai atau barang niaga yang dikeluarkan oleh pemilik untuk kegunaan peribadi.
Mengurangkan ekuiti pemilik.
Untung atau rugi
Dihitung melalui akaun penamat.
Ekuiti Pemilik bertambah jika perniagaan memperolehi keuntungan.
Sebaliknya jika perniagaan mengalami kerugian, ekuiti pemilik berkurangan.

Saturday, June 5, 2010
Pengelasan Kos
PENGGAL 2
1. Dikelaskan mengikut tujuan:-
a) menentukan kos keluaran
b) perancangan dan kawalan
c) pembuatan keputusan
Soalan STPM 2004
(a) “Bagi kos keluaran seunit, kos tetap adalah berubah, dan kos berubah
adalah tetap.” Jelaskan penyataan ini dengan memberikan contoh.
[7 markah ]
(b) Yang berikut ialah data yang dipetik daripada rekod Syarikat Cepat Buat
Sendirian Berhad untuk tahun berakhir 31 Disember 2003.
Dikehendaki :
Hitung kos seunit keluaran tempoh berkenaan. [4 markah]
Soalan STPM 2006
Takrifkan setiap jenis kos yang berikut dan berikan dua contoh bagi setiap jenis kos berkenaan:
(i) Kos lepas
(ii) Kos tempoh
(iii) Kos langsung
(iv) Kos separa berubah [8 markah ]
Soalan STPM 2007
Dikehendaki:
Hitung setiap yang berikut bagi April 2006.
(i) Kos bahan yang digunakan
(ii) Kos utama
(iii) Kos pertukaran
(iv) Kos perkhidmatan
(v) Margin kasar [8 markah ]
1. Dikelaskan mengikut tujuan:-
a) menentukan kos keluaran
b) perancangan dan kawalan
c) pembuatan keputusan
2. Jenis-jenis kos
a) Kos Tetap
Tidak berubah sepanjang tempoh perakaunan
Tidak bergantung kepada unit pengeluaran
Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah
atau berkurang.
atau berkurang.
Mengalami sedikit peningkatan bila mencapai sesuatu unit pengeluaran
Contoh :- Sewa kilang. Belanja susut nilai loji dan mesin, gaji pengurus,
insurans kilang.
insurans kilang.
Kos tetap seunit akan berubah mengikut volum pengeluaran.
Semakin tinggi volum pengeluaran, semakin rendah kos tetap seunit
dan sebaliknya.
dan sebaliknya.
b) Kos Berubah
Berubah mengikut unit pengeluaran sepanjang tempoh perakaunan
Berkadaran dengan unit pengeluaran
Contoh :- Bahan langsung, Buruh langsung
Kos berubah seunit keluarannya adalah tetap tetapi berubah bila unit
pengeluaran berubah
pengeluaran berubah
c) Kos separa berubah
Mengandungi unsur-unsur kos berubah dan kos tetap.
Mesti diasingkan kepada kos tetap dan kos berubah
d) Kos Langsung
Dapat dikesan secara langsung melalui item barang siap dan dipastikan
dengan tepat sama ada atas seunit keluaran atau sekumpulan keluaran
dengan tepat sama ada atas seunit keluaran atau sekumpulan keluaran
Contoh Bahan Langsung, Buruh Langsung, Bekalan Kilang
e) Kos Tak Langsung – Kos-kos lain yang terlibat dalam proses keluaran.
f) Kos Keluaran
Jumlah kos yang diserap dalam satu tempoh untuk menghasilkan keluaran.
Kos Keluaran seunit = Jumlah kos keluaran / Unit Keluaran.
Asas dalam menentukan harga jualan.
g) Kos Tempoh
Kos- kos yang berlaku untuk menghasilkan jualan dalam satu tempoh
perakaunan. Ianya merupakan belanja perniagaan
perakaunan. Ianya merupakan belanja perniagaan
h) Kos Marginal
Bertujuan untuk merancang dan membuat keputusan.
Berkadaran dengan unit keluaran
i) Kos Standard (Piawai)
Kos yang telah dipastikan terlebih dahulu.
Asas dalam kawalan kos dan menilai prestasi
j) Kos Normal
Kos yang berlaku dalam keadaan normal bagi menghasilkan keluaran.
k) Kos Tak Normal
Kos yang tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan normal.
Kos ini merupakan satu kerugian.
Dipindahkan ke Akaun Untung Rugi sebagai satu kerugian.
l) Kos Prima
Campuran kos bahan mentah dan kos buruh langsung.
m) Kos Pertukaran
Kos yang menukarkan bahan mentah kepada bahan siap.
Terdiri daripada kos buruh langsung dan overhed
Campuran kos bahan mentah dan kos buruh langsung.
m) Kos Pertukaran
Kos yang menukarkan bahan mentah kepada bahan siap.
Terdiri daripada kos buruh langsung dan overhed
m) Kos overhed
Kos yang tak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran tetapi
diperlukan untuk mengeluarkan output.
(meliputi semua kos pengeluaran selain kos bahan dan kos buruh langsung).
diperlukan untuk mengeluarkan output.
(meliputi semua kos pengeluaran selain kos bahan dan kos buruh langsung).
Contoh :
i) kos buruh tak langsung ; gaji jurutera kilang, gaji penyelia, gaji pengurus kilang
dan gaji jaga kilang.
dan gaji jaga kilang.
ii) Bahan tak langsung ; bahan api dan minyak pelincir.
iii) Sewa kilang
iv) Susutnilai loji dan mesin
v) Pembaikan dan penyelenggaraan loji dan mesin
(a) “Bagi kos keluaran seunit, kos tetap adalah berubah, dan kos berubah
adalah tetap.” Jelaskan penyataan ini dengan memberikan contoh.
[7 markah ]
(b) Yang berikut ialah data yang dipetik daripada rekod Syarikat Cepat Buat
Sendirian Berhad untuk tahun berakhir 31 Disember 2003.
(1) Data Inventori : Awal tahun Akhir tahun
RM RM
Bahan mentah 5,000 22,000
Kerja dalam proses 18,500 16,000
Barang siap 9,000 25,000
(2) Unit barang siap yang dihasilkan dalam tempoh ialah 51,000.
(3) Kos dan belanja yang terlibat dalam tempoh :
RM
Kos belian bahan langsung 140, 200
Kos belian bahan tak langsung 15, 600
Kos buruh langsung 65, 000
Kos buruh tak langsung 35, 000
Insurans kilang 12, 000
Susut nilai peralatan pejabat 18, 000
Susut nilai peralatan kilang 20, 000
Sewa premis kilang 52, 000
Belanja iklan 45, 500
Gaji pekerja syarikat 55, 000
Kos penyenggaraan peralatan kilang 6, 200
Belanja operasi lain 25, 000
Dikehendaki :
Hitung kos seunit keluaran tempoh berkenaan. [4 markah]
Soalan STPM 2006
Takrifkan setiap jenis kos yang berikut dan berikan dua contoh bagi setiap jenis kos berkenaan:
(i) Kos lepas
(ii) Kos tempoh
(iii) Kos langsung
(iv) Kos separa berubah [8 markah ]
Soalan STPM 2007
Encik Halim memiliki dan mengurus tiga buah pusat servis kereta yang bernama Pusat Servis Halim. Dalam April 2006, belian inventori berjumlah RM200,000, manakala inventori awal dan inventori akhir masing-masing bemilai RM26,500 dan RM15,200. Setiap pusat servis itu mempunyai empat orang mekanik dan seorang kerani. Gaji purata seorang mekanik ialah RM1,500 sebulan, manakala gaji purata seorang kerani ialah RM1,000 sebulan. Gaji Encik Halim sebagai pengurus ialah RM3,500 sebulan. Jumlah sewa, cukai pintu, dan utiliti bagi bulan itu ialah RM15,600. Susut nilai bagi perabot dan peralatan berjumlah RM3,200 sebulan. Pusat Servis Halim telah membelanjakan sebanyak RM16,300 dalam bulan itu untuk pengiklanan. Jumlah jualan bulan itu ialah RM435,200.
Encik Halim menghadapi masalah mengawal pekerjanya yang mengenakan caj yang tidak seragam kepada pelanggan. Beliau juga menghadapi masalah mengurus operasi ketiga-tiga pusat servis kereta itu.
Hitung setiap yang berikut bagi April 2006.
(i) Kos bahan yang digunakan
(ii) Kos utama
(iii) Kos pertukaran
(iv) Kos perkhidmatan
(v) Margin kasar [8 markah ]
PENGENALAN PERAKAUNAN PENGURUSAN DAN KOS
Penggal 2
Perakaunan merangkumi dua bidang yang utama iaitu perkaunan kewangan dan perakaunan pengurusan. Perakaunan kos merupakan sebahagian daripada perakaunan pengurusan. Untuk topik ini pelajar perlu mengetahui perbezaan antara perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan dan perakaunan kos. Pelajar juga perlu mengetahui fungsi perakaunan pengurusan.
PENGENALAN PERAKAUNAN PENGURUSAN
1. Pengukuran ke atas hasil, belanja, aset dan liabiliti adalah bertujuan untuk :-
a) mengukur prestasi dan melihat kedudukan kewangan
b) pelaksanaan tugas-tugas pengurusan melibatkan:-
* merancang
contoh : Belanjawan
* memberi arahan/menjalankan aktiviti
contoh : Carta Organisasi
* mengawal dan menilai prestasi
contoh : Laporan prestasi
* membuat keputusan
contoh : Belanjawan modal
2. Prestasi diukur berdasarkan jumlah hasil dan belanja dalam satu tempoh perakaunan, iaitu dengan menyediakan Akaun Untung Rugi.
3. Belanja merupakan kos barangan atau perkhidmatan yang dipadankan dengan hasil dalam satu tempoh perakaunan.
4. Kos merupaka amaun yang dibayar atau nilai barang yang ditukar untuk mendapatkan sesuatu.
Objektif Perakaunan Kos
1.Menentukan kos keluaran sesuatu item. Kos keluaran adalah asas dalam menentukan harga jualan.
2. Merancang aktiviti perniagaan pada tempoh akan datang yang melibatkan :-
a) tentukan objektif dengan meningkatkan keuntungan
b) rancang aktiviti untuk mencapai objektif
c) perkukuhkan kedudukan kewangan
3. Mengawal kos dan mengelakkan pembaziran. Tindakan yang segera mesti diambil jika terdapat pembaziran kerana ia akan merugikan.
4. Membuat keputusan dengan menjalankan analisis supaya memberi kesan yang baik ke atas prestasi.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Countdown SPM & STPM
Labels
- Penggal 1 (8)
- Penggal 2 (2)
- Penggal 3 (1)
- Tingkatan 6 Atas (1)