Saturday, June 5, 2010

Pengelasan Kos

PENGGAL 2

1. Dikelaskan mengikut tujuan:-
a) menentukan kos keluaran
b) perancangan dan kawalan
c) pembuatan keputusan

2. Jenis-jenis kos
a) Kos Tetap
    Tidak berubah sepanjang tempoh perakaunan
    Tidak bergantung kepada unit pengeluaran         
    Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah
    atau berkurang.
    Mengalami sedikit peningkatan bila mencapai sesuatu unit pengeluaran
    Contoh :- Sewa kilang. Belanja susut nilai loji dan mesin, gaji pengurus,
    insurans kilang.
    Kos tetap seunit akan berubah mengikut volum pengeluaran.
    Semakin tinggi volum pengeluaran, semakin rendah kos tetap seunit
    dan sebaliknya.

b) Kos Berubah
    Berubah mengikut unit pengeluaran sepanjang tempoh perakaunan
    Berkadaran dengan unit pengeluaran
    Contoh :- Bahan langsung, Buruh langsung
    Kos berubah seunit keluarannya adalah tetap tetapi berubah bila unit
    pengeluaran berubah

c) Kos separa berubah
    Mengandungi unsur-unsur kos berubah dan kos tetap.
    Mesti diasingkan kepada kos tetap dan kos berubah

d) Kos Langsung
    Dapat dikesan secara langsung melalui item barang siap dan dipastikan
    dengan tepat sama ada atas seunit keluaran atau sekumpulan keluaran
    Contoh Bahan Langsung, Buruh Langsung, Bekalan Kilang

e) Kos Tak Langsung – Kos-kos lain yang terlibat dalam proses keluaran.

f) Kos Keluaran
   Jumlah kos yang diserap dalam satu tempoh untuk menghasilkan keluaran.
   Kos Keluaran seunit = Jumlah kos keluaran /  Unit Keluaran.
   Asas dalam menentukan harga jualan.

g) Kos Tempoh
    Kos- kos yang berlaku untuk menghasilkan jualan dalam satu tempoh
    perakaunan. Ianya merupakan belanja perniagaan

h) Kos Marginal
    Bertujuan untuk merancang dan membuat keputusan.
    Berkadaran dengan unit keluaran

i) Kos Standard (Piawai)
   Kos yang telah dipastikan terlebih dahulu.
   Asas dalam kawalan kos dan menilai prestasi

j) Kos Normal
   Kos yang berlaku dalam keadaan normal bagi menghasilkan keluaran.

k) Kos Tak Normal
    Kos yang tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan normal.
    Kos ini merupakan satu kerugian.
    Dipindahkan ke Akaun Untung Rugi sebagai satu kerugian.

l)  Kos Prima
    Campuran kos bahan mentah dan kos buruh langsung.

m) Kos Pertukaran
     Kos yang menukarkan bahan mentah kepada bahan siap.
     Terdiri daripada kos buruh langsung dan overhed

m) Kos overhed
    Kos yang tak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran tetapi
    diperlukan untuk mengeluarkan output.
    (meliputi semua kos pengeluaran selain  kos bahan dan kos buruh langsung).
    Contoh :
i)  kos buruh tak langsung ; gaji jurutera kilang, gaji penyelia, gaji pengurus kilang
    dan gaji jaga kilang.
ii)  Bahan tak langsung ; bahan api dan minyak pelincir.
iii) Sewa kilang
iv) Susutnilai loji dan mesin
v)  Pembaikan dan penyelenggaraan loji dan mesin

Soalan STPM 2004

(a) “Bagi kos keluaran seunit, kos tetap adalah berubah, dan kos berubah
 adalah tetap.” Jelaskan penyataan ini dengan memberikan contoh.                               
                                                                                                 [7  markah ]

(b) Yang berikut ialah data yang dipetik daripada rekod Syarikat Cepat Buat
Sendirian Berhad untuk tahun berakhir 31 Disember 2003.

(1) Data Inventori :                              Awal tahun                    Akhir tahun
                                                               RM                               RM
                          Bahan mentah               5,000                           22,000
                          Kerja dalam proses     18,500                           16,000
                          Barang siap                   9,000                           25,000
(2) Unit barang siap yang dihasilkan dalam tempoh ialah 51,000.
(3) Kos dan belanja yang terlibat dalam tempoh :
                                                                                                 RM
                          Kos belian bahan langsung                          140, 200
                          Kos belian bahan tak langsung                      15, 600
                          Kos buruh langsung                                      65, 000
                          Kos buruh tak langsung                                35, 000
                          Insurans kilang                                             12, 000
                          Susut nilai peralatan pejabat                         18, 000
                          Susut nilai peralatan kilang                            20, 000
                          Sewa premis kilang                                      52, 000
                          Belanja iklan                                                45, 500
                          Gaji pekerja syarikat                                    55, 000
                          Kos penyenggaraan peralatan kilang              6, 200
                          Belanja operasi lain                                      25, 000

Dikehendaki :
Hitung kos seunit keluaran tempoh berkenaan.                               [4 markah]

Soalan STPM 2006
Takrifkan setiap jenis kos yang berikut dan berikan dua contoh bagi setiap jenis kos berkenaan:
(i) Kos lepas
(ii) Kos tempoh
(iii) Kos langsung
(iv) Kos separa berubah                                                                [8 markah ]

Soalan STPM 2007
Encik Halim memiliki dan mengurus tiga buah pusat servis kereta yang bernama Pusat Servis Halim. Dalam April 2006, belian inventori berjumlah RM200,000, manakala inventori awal dan inventori akhir masing-masing bemilai RM26,500 dan RM15,200. Setiap pusat servis itu mempunyai empat orang mekanik dan seorang kerani. Gaji purata seorang mekanik ialah RM1,500 sebulan, manakala gaji purata seorang kerani ialah RM1,000 sebulan. Gaji Encik Halim sebagai pengurus ialah RM3,500 sebulan. Jumlah sewa, cukai pintu, dan utiliti bagi bulan itu ialah RM15,600. Susut nilai bagi perabot dan peralatan berjumlah RM3,200 sebulan. Pusat Servis Halim telah membelanjakan sebanyak RM16,300 dalam bulan itu untuk pengiklanan. Jumlah jualan bulan itu ialah RM435,200.

Encik Halim menghadapi masalah mengawal pekerjanya yang mengenakan caj yang tidak seragam kepada pelanggan. Beliau juga menghadapi masalah mengurus operasi ketiga-tiga pusat servis kereta itu.

Dikehendaki:
Hitung setiap yang berikut bagi April 2006.
(i)   Kos bahan yang digunakan
(ii)  Kos utama
(iii) Kos pertukaran
(iv) Kos perkhidmatan
(v)  Margin kasar                                                                      [8 markah ]

No comments:

Post a Comment

Countdown SPM & STPM

Search This Blog