Saturday, September 8, 2012

PEMBETULAN KESILAPAN - AKAUN TERGANTUNG

STPM - KERTAS 2

1. Salah campur dalam satu akaun

contoh : jumlah jualan lebih catat RM 100



Kesan : Imbangan duga bahagian kredit lebih RM 100

Pembetulan : Dt Jualan RM 100

Kt Akaun tergantung RM 100



2. Catatan Bergu tidak lengkap

contoh : Belian secara kredit direkod dalam akaun Belian sahaja



Kesan : Imbangan Duga bahagian debit lebih catat

Pembetulan : Dt Akaun Tergantung

Kt Pemiutang



3. Debit satu akaun dengan satu amaun, kt akaun lain dengan amaun yang berlainan

contoh : Belian mesin sebanyak RM 1000 direkod dalam akaun mesin RM 1000 tetapi

akaun Bank RM 100



Kesan : Imbangan Duga bahagian debit lebih daripada bahagian kredit

Pembetulan : Dt Akaun Tergantung RM 900

Kt Akaun Bank RM 900



4. Kedua-kedua akaun didebit atau dikreditkan

contoh : Beli alat tulis RM 50 direkod sebagai debit akaun alat tulis dan akaun tunai



Kesan : Imbangan duga bahagian debit melebihi bahagian kredit

Pembetulan : Dt Akaun Tergantung RM 100

Kt Akaun Tunai RM 100





Definisi Akaun Tergantung



Satu amaun sengaja diwujudkan semata-semata untuk mengimbangakan imbangan duganya

akaun tergantung adalah satu petunjuk atau amaran bahawa kesilapan-kesilapan telah berlaku pada rekod-rekod urusniaga

Syarikat perlu menyemak dan memeriksa semua urusniaga untuk mengesan ralat dan seterusnya menyelaraskan atau membetulkan ralat tersebut.

Kemudian syarikat perlu menyelaraskan untung rugi, untung bersih dan kunci kira-kira



* Tempat akaun tergantung wujud : -

( i ) Imbangan Duga

( ii ) Kunci Kira-kira

Kesan Ralat ke atas akaun penamat



Kunci kira-kira

Item-item dalam akaun perdagangan

Hubungan dengan untung kasar

Hubungan dengan akaun untung rugi

Hubungan dengan untung bersih





TOP

No comments:

Post a Comment

Countdown SPM & STPM

Search This Blog