Tuesday, June 8, 2010

PERSAMAAAN PERAKAUNAN

                          ASET  =  LIABILITI + EKUITI PEMILIK

ASET
Aset ialah sumber yang dimiliki seorang individu atau sebuah perniagaan yang biasanya terdiri daripada tunai, hartanah, bangunan, kenderaan, perabot, peralatan, inventori dan pelaburan dalam bentuk saham.
Aset terbahagi kepada aset tetap dan aset semasa. Semua akaun aset berbaki debit.

Ciri-ciri aset tetap
Aset yang mempunyai hayat lebih daripada satu tempoh perakaunan.
Boleh digunakan berulang kali.
Nilainya adalah tetap
Contoh : Premis, tanah, kenderaan, mesin, loji, alatan pejabat, lengkapan dan lekapan.

Ciri-ciri aset semasa
Aset yang mudah ditukar ke bentuk wang tunai.
Nilainya adalah tidak tetap.
Contoh : Tunai, penghutang, stok, belanja terdahulu, hasil belum terima.

LIABILITI
Liabiliti ialah obligasi, tanggunggan atau tuntutan yang dibuat oleh pihak luar terhadap perniagaan. Contoh liabiliti ialah pemiutang, pinjaman bank, belanja terakru dan hasil terdahulu.
Liabiliti terdiri daripada liabiliti jangka panjang.

Ciri-ciri liabiliti jangka panjang
Hutang yang perlu dijelaskan dalam masa lebih daripada satu tempoh perakaunan.
Contoh : Pinjaman bank, debentur, gadai janji.

Ciri-ciri liabiliti semasa
Hutang yang perlu dijelaskan dalam satu tempoh perakaunan.
Contoh : Pemiutang, overdraf bank , belanja terakru, hasil terdahulu (prabayar).

EKUITI PEMILIK
Ekuiti pemilik ialah baki nilai aset yang diperoleh selepas menyelesaikan semua tuntutan atau liabiliti.  Baki aset yang diperoleh merupakan milikan yang dipunyai oleh pemilik perniagaan.
Ekuiti pemilik ialah hutang perniagaan kepada pemilik perniagaan mengikut jumlah yang dilaburkan oleh peniaga tersebut.
             EKUITI PEMILIK = MODAL - AMBILAN + HASIL -  BELANJA

Modal
Wang atau aset yang dibawa masuk oleh pemilik ke dalam perniagaan.

Ambilan
Wang tunai atau barang niaga yang dikeluarkan oleh pemilik untuk kegunaan peribadi.
Mengurangkan ekuiti pemilik.

Untung atau rugi
Dihitung melalui akaun penamat.
Ekuiti Pemilik bertambah jika perniagaan memperolehi keuntungan.
Sebaliknya jika perniagaan mengalami kerugian, ekuiti pemilik berkurangan.

No comments:

Post a Comment

Countdown SPM & STPM

Search This Blog