Tuesday, July 6, 2010

PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

STPM KERTAS 1

Pendapatan dibahagikan kepada
Pendapatan Hasil
Pendapatan yang berpunca daripada operasi biasa contoh hasil jualan, hasil perkhidmatan dan hasil daripada sewaan aset.

Pendapatan Modal
Pendapatan yang berpunca daripada urusniaga yang bukan operasi biasa.  Contoh : jualan aset tetap, faedah simpanan tetap, sewa diterima , dividen diterima daripada pelaburan dan lain-lain..

Perbelanjaan dibahagikan kepada
Perbelanjaan Hasil
Belanja bagi mendapatkan hasil kepada perniagaan. Contoh: gaji, sewa, utiliti, iklan, alat tulis, belanja am dan lain-lain.

Perbelanjaan Modal
Belanja untuk mendapatkan aset tetap. Contoh : beli aset tetap, kerugian akibat daripada bencana alam..

Perbezaan
1.  Pendapatan/perbelanjaan modal tidak dilaporkan dalam penyata pendapatan tetapi dipersembahkan dalam Kunci kira-kira.
2.  Pendapatan/perbelanjaan modal tidak dicajkan kepada penyata pendapatan untuk menentukan untung/rugi bersih sebaliknya pendapatan/ perbelanjaan hasil perlu dicajkan kepada penyata pendapatan untuk mengira untung bersih.

Kesan kepada untung dan kedudukan kewangan
1.  Pendapatan modal tidak memberi kesan kepada untung tetapi akan meningkatkan kedudukan ekuiti.
2.  Perbelanjaan modal akan meningkatkan kedudukan aset.
3.  Perbelanjaan hasil akan mengurangkan untung.

Thursday, July 1, 2010

KAWALAN BELANJAWAN

STPM KERTAS 2
1. Penting bagi sesebuah perniagaan untuk membuat perancangan dan meningkatkan prestasi di masa-masa akan datang.

2. Definasi :- satu penyata kuantitatif dan kewangan yang disediakan untuk tempoh akan datang dan polisinya diikuti sepanjang tempoh itu yang bertujuan untuk mencapai sesuatu objektif.

3. Objektif sistem kawalan belanjawan :-
(a) Perancangan – merancang aktiviti supaya objektif boleh tercapai.
(b) Koordinasi – menggabungkan semua aktiviti terhadap pencapaian objektif.
(c ) Motivasi –menggalakkan kerjasama diantara semua pihak bagi menjayakan sesuatu perancangan.
(d) Penilaian – menilaikan prestasi dari masa ke semasa dengan membandingkan prestasi sebenar dengan yang dirancangkan.
(e) Perlaksanaan – tindakan yang sewajarnya diambil untuk memulihkan keadaan apabila prestasi tidak memuaskan.

4. Jenis-jenis belanjawan.
A : Belanjawan Jualan
                 * Disediakan oleh pengurus jualan
                 * Tujuannya untuk merancang volum yang patut dijual
                 * Ramalan berdasarkan berdasarkan kepada:-
                 i – Pengalaman dan pengetahuan tentang pasaran dan pesaing
                ii – Laporan daripada jurujual tentang pasaran dan citarasa pelanggan
               iii – laporan kajian dan penyelidikan
               iv – Analisis daripada data-data statistik yang terkumpul

B : Belanjawan Pengeluaran
                * Disediakan oleh pengurus pengeluaran.
                * Tujuannya untuk merancang volum yang patut dikeluarkan
                * Anggaran pengeluaran bergantung kepada:-
                i – Anggaran jualan
               ii – Pegangan stok bagi sesuatu tempoh

               Pengeluaran diperlukan = Anggaran Jualan + Stok Akhir – Stok Awal

C : Belanjawan Penggunaan Bahan
               * Disediakan oleh pengurus pengeluaran
               * Amaun yang diperlukan bergantung kepada :-
               i – Bahan yang digunakan untuk setiap unit barang siap
              ii – Peruntukan tentang pembaziran dan kerosakan

D : Belanjawan Belian Bahan
              * Diuruskan oleh pengurus belian
              * Amaunnya bergantung kepada :-
              i – Amaun bahan yang akan digunakan
             ii – Anggaran pegangan stok
          Anggaran Belian = Anggaran Penggunaan + Stok Akhir – Stok Awal

E : Belanjawan Buruh Langsung
             * Disediakan oleh pengurus kakitangan
             * Merancang penggunaan tenaga buruh bagi mengeluarkan produk yang
                dirancangkan
             * Jumlah jam kerja bergantung kepada:-
             i – Masa yang diperlukan untuk mengeluarkan barang siap
            ii – Peruntukan masa terbiar dan kerosakan mesin

F : Belanjawan Overhed Kilang
            * Disediakan oleh pengurus kilang
            * Tujuannya menganggarkan jumlah overhed yang dijangka akan berlaku.
            * Amaun overhed bergantung kepada tabiat overhed sama ada tetap atau
               berubah.

G : Belanjawan Tunai
            * Disediakan oleh ketua akauntant
            * Tujuannya melihat penerimaan dan pembayaran bagi sesuatu tempoh
            * Kekurangan akan dibiayai oleh pinjaman

H : Penyata Pendapatan Pro-forma
             * Anggaran hasil dan belanja bagi sesuatu tempoh untuk menentukan
                keuntungan

I : Kunci Kira-kira Pro-Forma
             * Anggaran baki-baki bagi akaun yang terlibat.

Monday, June 14, 2010

PERAKAUNAN

WIKIPEDIA BAHASA MELAYU

TOPIK-TOPIK YANG DIBINCANGKAN DALAM WIKIPEDIA

1.   SEJARAH PERAKAUNAN
2.  KELAYAKAN DAN PERATURAN PROFESIONAL
3.  FIRMA PERAKAUNAN UTAMA DI DUNIA
4.  AUDIT, JENIS PERAKAUNAN, PRINSIP PERAKAUNAN
5.  KONSEP PERAKAUNAN
6.  KONVENSYEN PERAKAUNAN

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perakaunan#Prinsip-prinsip_akaun

Tuesday, June 8, 2010

PERSAMAAAN PERAKAUNAN

                          ASET  =  LIABILITI + EKUITI PEMILIK

ASET
Aset ialah sumber yang dimiliki seorang individu atau sebuah perniagaan yang biasanya terdiri daripada tunai, hartanah, bangunan, kenderaan, perabot, peralatan, inventori dan pelaburan dalam bentuk saham.
Aset terbahagi kepada aset tetap dan aset semasa. Semua akaun aset berbaki debit.

Ciri-ciri aset tetap
Aset yang mempunyai hayat lebih daripada satu tempoh perakaunan.
Boleh digunakan berulang kali.
Nilainya adalah tetap
Contoh : Premis, tanah, kenderaan, mesin, loji, alatan pejabat, lengkapan dan lekapan.

Ciri-ciri aset semasa
Aset yang mudah ditukar ke bentuk wang tunai.
Nilainya adalah tidak tetap.
Contoh : Tunai, penghutang, stok, belanja terdahulu, hasil belum terima.

LIABILITI
Liabiliti ialah obligasi, tanggunggan atau tuntutan yang dibuat oleh pihak luar terhadap perniagaan. Contoh liabiliti ialah pemiutang, pinjaman bank, belanja terakru dan hasil terdahulu.
Liabiliti terdiri daripada liabiliti jangka panjang.

Ciri-ciri liabiliti jangka panjang
Hutang yang perlu dijelaskan dalam masa lebih daripada satu tempoh perakaunan.
Contoh : Pinjaman bank, debentur, gadai janji.

Ciri-ciri liabiliti semasa
Hutang yang perlu dijelaskan dalam satu tempoh perakaunan.
Contoh : Pemiutang, overdraf bank , belanja terakru, hasil terdahulu (prabayar).

EKUITI PEMILIK
Ekuiti pemilik ialah baki nilai aset yang diperoleh selepas menyelesaikan semua tuntutan atau liabiliti.  Baki aset yang diperoleh merupakan milikan yang dipunyai oleh pemilik perniagaan.
Ekuiti pemilik ialah hutang perniagaan kepada pemilik perniagaan mengikut jumlah yang dilaburkan oleh peniaga tersebut.
             EKUITI PEMILIK = MODAL - AMBILAN + HASIL -  BELANJA

Modal
Wang atau aset yang dibawa masuk oleh pemilik ke dalam perniagaan.

Ambilan
Wang tunai atau barang niaga yang dikeluarkan oleh pemilik untuk kegunaan peribadi.
Mengurangkan ekuiti pemilik.

Untung atau rugi
Dihitung melalui akaun penamat.
Ekuiti Pemilik bertambah jika perniagaan memperolehi keuntungan.
Sebaliknya jika perniagaan mengalami kerugian, ekuiti pemilik berkurangan.

Saturday, June 5, 2010

Pengelasan Kos

PENGGAL 2

1. Dikelaskan mengikut tujuan:-
a) menentukan kos keluaran
b) perancangan dan kawalan
c) pembuatan keputusan

2. Jenis-jenis kos
a) Kos Tetap
    Tidak berubah sepanjang tempoh perakaunan
    Tidak bergantung kepada unit pengeluaran         
    Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah
    atau berkurang.
    Mengalami sedikit peningkatan bila mencapai sesuatu unit pengeluaran
    Contoh :- Sewa kilang. Belanja susut nilai loji dan mesin, gaji pengurus,
    insurans kilang.
    Kos tetap seunit akan berubah mengikut volum pengeluaran.
    Semakin tinggi volum pengeluaran, semakin rendah kos tetap seunit
    dan sebaliknya.

b) Kos Berubah
    Berubah mengikut unit pengeluaran sepanjang tempoh perakaunan
    Berkadaran dengan unit pengeluaran
    Contoh :- Bahan langsung, Buruh langsung
    Kos berubah seunit keluarannya adalah tetap tetapi berubah bila unit
    pengeluaran berubah

c) Kos separa berubah
    Mengandungi unsur-unsur kos berubah dan kos tetap.
    Mesti diasingkan kepada kos tetap dan kos berubah

d) Kos Langsung
    Dapat dikesan secara langsung melalui item barang siap dan dipastikan
    dengan tepat sama ada atas seunit keluaran atau sekumpulan keluaran
    Contoh Bahan Langsung, Buruh Langsung, Bekalan Kilang

e) Kos Tak Langsung – Kos-kos lain yang terlibat dalam proses keluaran.

f) Kos Keluaran
   Jumlah kos yang diserap dalam satu tempoh untuk menghasilkan keluaran.
   Kos Keluaran seunit = Jumlah kos keluaran /  Unit Keluaran.
   Asas dalam menentukan harga jualan.

g) Kos Tempoh
    Kos- kos yang berlaku untuk menghasilkan jualan dalam satu tempoh
    perakaunan. Ianya merupakan belanja perniagaan

h) Kos Marginal
    Bertujuan untuk merancang dan membuat keputusan.
    Berkadaran dengan unit keluaran

i) Kos Standard (Piawai)
   Kos yang telah dipastikan terlebih dahulu.
   Asas dalam kawalan kos dan menilai prestasi

j) Kos Normal
   Kos yang berlaku dalam keadaan normal bagi menghasilkan keluaran.

k) Kos Tak Normal
    Kos yang tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan normal.
    Kos ini merupakan satu kerugian.
    Dipindahkan ke Akaun Untung Rugi sebagai satu kerugian.

l)  Kos Prima
    Campuran kos bahan mentah dan kos buruh langsung.

m) Kos Pertukaran
     Kos yang menukarkan bahan mentah kepada bahan siap.
     Terdiri daripada kos buruh langsung dan overhed

m) Kos overhed
    Kos yang tak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran tetapi
    diperlukan untuk mengeluarkan output.
    (meliputi semua kos pengeluaran selain  kos bahan dan kos buruh langsung).
    Contoh :
i)  kos buruh tak langsung ; gaji jurutera kilang, gaji penyelia, gaji pengurus kilang
    dan gaji jaga kilang.
ii)  Bahan tak langsung ; bahan api dan minyak pelincir.
iii) Sewa kilang
iv) Susutnilai loji dan mesin
v)  Pembaikan dan penyelenggaraan loji dan mesin

Soalan STPM 2004

(a) “Bagi kos keluaran seunit, kos tetap adalah berubah, dan kos berubah
 adalah tetap.” Jelaskan penyataan ini dengan memberikan contoh.                               
                                                                                                 [7  markah ]

(b) Yang berikut ialah data yang dipetik daripada rekod Syarikat Cepat Buat
Sendirian Berhad untuk tahun berakhir 31 Disember 2003.

(1) Data Inventori :                              Awal tahun                    Akhir tahun
                                                               RM                               RM
                          Bahan mentah               5,000                           22,000
                          Kerja dalam proses     18,500                           16,000
                          Barang siap                   9,000                           25,000
(2) Unit barang siap yang dihasilkan dalam tempoh ialah 51,000.
(3) Kos dan belanja yang terlibat dalam tempoh :
                                                                                                 RM
                          Kos belian bahan langsung                          140, 200
                          Kos belian bahan tak langsung                      15, 600
                          Kos buruh langsung                                      65, 000
                          Kos buruh tak langsung                                35, 000
                          Insurans kilang                                             12, 000
                          Susut nilai peralatan pejabat                         18, 000
                          Susut nilai peralatan kilang                            20, 000
                          Sewa premis kilang                                      52, 000
                          Belanja iklan                                                45, 500
                          Gaji pekerja syarikat                                    55, 000
                          Kos penyenggaraan peralatan kilang              6, 200
                          Belanja operasi lain                                      25, 000

Dikehendaki :
Hitung kos seunit keluaran tempoh berkenaan.                               [4 markah]

Soalan STPM 2006
Takrifkan setiap jenis kos yang berikut dan berikan dua contoh bagi setiap jenis kos berkenaan:
(i) Kos lepas
(ii) Kos tempoh
(iii) Kos langsung
(iv) Kos separa berubah                                                                [8 markah ]

Soalan STPM 2007
Encik Halim memiliki dan mengurus tiga buah pusat servis kereta yang bernama Pusat Servis Halim. Dalam April 2006, belian inventori berjumlah RM200,000, manakala inventori awal dan inventori akhir masing-masing bemilai RM26,500 dan RM15,200. Setiap pusat servis itu mempunyai empat orang mekanik dan seorang kerani. Gaji purata seorang mekanik ialah RM1,500 sebulan, manakala gaji purata seorang kerani ialah RM1,000 sebulan. Gaji Encik Halim sebagai pengurus ialah RM3,500 sebulan. Jumlah sewa, cukai pintu, dan utiliti bagi bulan itu ialah RM15,600. Susut nilai bagi perabot dan peralatan berjumlah RM3,200 sebulan. Pusat Servis Halim telah membelanjakan sebanyak RM16,300 dalam bulan itu untuk pengiklanan. Jumlah jualan bulan itu ialah RM435,200.

Encik Halim menghadapi masalah mengawal pekerjanya yang mengenakan caj yang tidak seragam kepada pelanggan. Beliau juga menghadapi masalah mengurus operasi ketiga-tiga pusat servis kereta itu.

Dikehendaki:
Hitung setiap yang berikut bagi April 2006.
(i)   Kos bahan yang digunakan
(ii)  Kos utama
(iii) Kos pertukaran
(iv) Kos perkhidmatan
(v)  Margin kasar                                                                      [8 markah ]

PENGENALAN PERAKAUNAN PENGURUSAN DAN KOS

Penggal 2

Perakaunan merangkumi dua bidang yang utama iaitu perkaunan kewangan dan perakaunan pengurusan. Perakaunan kos merupakan sebahagian daripada perakaunan pengurusan. Untuk topik ini pelajar perlu mengetahui perbezaan antara perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan dan perakaunan kos. Pelajar juga perlu mengetahui fungsi perakaunan pengurusan.

PENGENALAN PERAKAUNAN PENGURUSAN

1. Pengukuran ke atas hasil, belanja, aset dan liabiliti adalah bertujuan untuk :-
a) mengukur prestasi dan melihat kedudukan kewangan
b) pelaksanaan tugas-tugas pengurusan melibatkan:-
* merancang
contoh : Belanjawan
* memberi arahan/menjalankan aktiviti
contoh : Carta Organisasi
* mengawal dan menilai prestasi
contoh : Laporan prestasi
* membuat keputusan
contoh : Belanjawan modal

2. Prestasi diukur berdasarkan jumlah hasil dan belanja dalam satu tempoh perakaunan, iaitu dengan menyediakan Akaun Untung Rugi.

3. Belanja merupakan kos barangan atau perkhidmatan yang dipadankan dengan hasil dalam satu tempoh perakaunan.

4. Kos merupaka amaun yang dibayar atau nilai barang yang ditukar untuk mendapatkan sesuatu.


Objektif Perakaunan Kos

1.Menentukan kos keluaran sesuatu item. Kos keluaran adalah asas dalam menentukan harga jualan.

2. Merancang aktiviti perniagaan pada tempoh akan datang yang melibatkan :-
a) tentukan objektif dengan meningkatkan keuntungan
b) rancang aktiviti untuk mencapai objektif
c) perkukuhkan kedudukan kewangan

3. Mengawal kos dan mengelakkan pembaziran. Tindakan yang segera mesti diambil jika terdapat pembaziran kerana ia akan merugikan.

4. Membuat keputusan dengan menjalankan analisis supaya memberi kesan yang baik ke atas prestasi.


Friday, May 14, 2010

KERJAYA DALAM BIDANG PERAKAUNAN

AKAUNTAN

Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.

KETERANGAN TUGAS
1. Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;
2. Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;
3. Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;
4. Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;
5. Menyediakan kos projek dan analisis risiko;
6. Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;
7. Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
8. Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;
9. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
10. Menyelia pekerja lain.

PEKERJAAN YANG DIKELASKAN DIBIDANG INI, DIANTARANYA:
1. Akauntan
2. Juruaudit
3. Akauntan Kos
4. Akauntan Cukai
5. Bendahari
6. Setiausaha Syarikat
7. Juru Perunding
8. Penolong Akauntan
9. Kerani Akaun

CIRI-CIRI PERIBADI
Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.

Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.

KELULUSAN
1. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
2. Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA)
3. Association of Certified Accountants (U.K)
4. Institute of Cost and Management Accountants (U.K)
5. The Chartered Associations of Certified Accountants (CACA)
6. The Institute of Chartered Secretaries and Administration (ICSA)
7. The Institute of Cost and Management Accountants (ICMA)
8. Ahli Penuh Malaysia Institut of Accountans (MIA)
9. Lain-lain kelulusan (keupayaan mengendalikan software perakaunan)

PROSPEK KERJAYA
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insurans dan firma perakaunan.

Maklumat lanjut dari cg narzuki

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

DEFINISI PERAKAUNAN
SATU SENI UNTUK MEREKOD, MERINGKAS, MENGELAS, MENGANALISIS DAN MENGKOMUNIKASIKAN MAKLUMAT-MAKLUMAT DARI PERISTIWA EKONOMI.


CABANG PERAKAUNAN/BIDANG PERAKAUNAN

1.  PERAKAUNAN KEWANGAN
        #  aktiviti menyediakan ringkasan maklumat perakaunan yang diterbitkan kepada umum.
        #  maklumat perakaunan yang disediakan adalah dalam bentuk penyata pendapatan, kunci kira-kira  dan penyata aliran tunai.

2.  PERAKAUNAN PENGURUSAN
        #  aktiviti pengumpulan dan penyediaan maklumat untuk pihak pengurusan yang digunakan untuk tujuan perancangan, pengawalan, pembuatan keputusan, pengukuran prestasi dan engurusan secara am.

3.  PERAKAUNAN KOS
        #  proses mengumpulkan maklumat kos operasi yang dapat membantu pengurus untuk mengenalpasti,  mengukur dan mengawal kos berkenaan.

4.  PENGAUDITAN
         #  aktiviti menyemak akaun. Terbahagi kepada 2 iaitu pengauditan dalaman dan pengauditan luaran.

5.  PERCUKAIAN
         #  bertanggungjawab dalam mengira pendapatan individu atau perniagaan (pemilikan tunggal, perkongsian dan syarikat) bagi tujuan membuat tafsiran cukai.

6.  PERAKAUNAN KERAJAAN
          #  dikenali sebagai perakaunan sektor awam.
          #  tumpuan diberikan terhadap proses mengakaunkan wang dan harta benda awam

7.  PERAKAUNAN FORENSIK
          #  melibatkan aplikasi pengetahuan dan piawaian perakaunan dalam mahkamah.
          #  untuk tujuan penyiasatan dalam keadaan berlaku salah laku dan jenayah yang berkaitan dengan   kewangan secara langsung atau tak langsung.

PENGGUNA MAKLUMAT PERAKAUNAN
1.  PENGGUNA DALAMAN
          #  pihak pengurusan
          #  kakitangan bawahan / pekerja
          #  kesatuan sekerja
2. PENGGUNA LUARAN
          #  pelabur
          #  pemberi pinjaman / bank
          #  penghutang
          #  penganalisis kewangan / perniagaan
          #  kerajaan
          #  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
          #  orang ramai

Wednesday, May 12, 2010

KONSEP ASAS PERAKAUNAN

PENGGAL 1
Andaian dan Prinsip Asas Perakaunan
Dalam perakaunan terdapat beberapa andaian dan prinsip yang menjadi asas kepada cara perakaunan diamalkan. Andaian dan prinsip tersebut menjadi panduan kepada bagaimana penyata perakaunan disediakan.

Prinsip perakaunan dibahagikan kepada 3
Andaian - Fakta  asas yang membolehkan keputusan tentang kaedah perekodan dan proses perakaunan yang dibuat.  ( Usaha berterusan, wang sebagai ukuran, mata wang adalah malar, tempoh perakaunan dan entiti berasingan)

Konvesyen
Kaedah yang telah dipersetujui secara umum oleh profesion perakaunan secara jelas atau andaian asas. (Asas tunai, asas akruan)

Doktrin
Fakta-fakta yang telah diajar dan diikuti benar. Dalam perakaunan doktrin merupakan polisi yang perlu diikuti oleh profesion perakaunan dalam praktisnya. (Keobjektifan, konservatisme, pendedahan penuh, ketekalan dan kematerialan)

Prinsip
Pedoman atau panduan untuk memastikan kebolehbandingan dan ketepatan hasil perakaunan. ( Catatan bergu, kos sejarah, realisasi/pengiktirafan hasil, dan pemadanan)

1.  ANDAIAN
 a)    Entiti berasingan (separate entity)
Untuk tujuan perakaunan, sesebuah perniagaan dianggap sebagai satu entiti yang bebas dan terpisah daripada pemiliknya walaupun dari segi perundangan beberapa jenis pemilikan tidak dianggap asing daripada tuan punya. Penyata kewangan sepatutnya menyediakan maklumat tentang perniagaan bukan tentang hal ehwal pemilik perniagaan.
 Jika sesuatu perniagaan dimiliki hanya oleh seorang individu (peniaga tunggal) atau sekumpulan individu (perkongsian), undang-undang tidak membezakan antara perniagaan dan pemiliknya. Tetapi jika bentuk perniagaan ialah syarikat,ia adalah entiti perundangan iaitu di segi undang-undang ia dianggap berasingan atau berbeza dan terpisah daripada pemegang saham yang memilikinya. Bagi tujuan perakaunan, sesuatu perniagaan dianggap sebagai satu entiti yang bebas walau apa pun status perundangan.
 Sebagai contoh, jika pemilik tunggal perniagaan menggunakan aset tunai perusahaan untuk membayar bil elektrik rumahnya, belanja tersebut tidak boleh direkodkan sebagai belanja elektrik perniagaan. Tunai yang digunakan perlu direkodkan kerana aset perniagaan telah berkurangan tetapi catatan beregu ialah dengan akaun yang menunjukkan pengurangan hak pemilik tersebut.
 Konsep entiti berasingan hendaklah dipatuhi pada setiap masa supaya prestasirniagaan yang diukur sememangnya berkaitan dengan perniagaan sahaja.

b)   Usaha berterusan (going concern)
 Apabila menyediakan penyata kewangan, pihak pengurusan perlu menilai  keupayaan sesebuah perusahaan untuk terus beroperasi sebagai satu usaha berterusan. Penyata kewangan disediakan dengan mengandaikan usaha berterusan kecuali perusahaan bercadang untuk membubarkan perniagaan atau menghentikan perniagaan, atau tidak ada pilihan kecuali menutup perniagaan.
Andaian ini bermaksud sesebuah perniagaan itu dianggap akan terus beroperasi secara berterusan sehinggalah perniagaan mengumumkan sebaliknya.Semasa membuat penilaian, jika pihak pengurusan sedar akan ketidakpastian yang matan/material berkaitan dengan peristiwa atau keadaan yang mungkin menimbulkan keraguan tentang keupayaan perusahaan untuk terus beroperasi sebagai satu usaha berterusan, ketidakpastian ini mesti didedahkan. Jika penyata kewangan tidak disediakan dengan menggunakan andaian usaha berterusan, fakta ini mesti didedahkan bersama-sama dengan
i) asas yang digunakan untuk menyediakan penyata kewangan dan
ii) sebab mengapa perusahaan tidak dianggap sebagai satu usaha berterusan.

c) Unit kewangan (money measurement)
Perakaunan kewangan hanya melaporkan maklumat yang boleh diukur dalam unit kewangan. Sebagai contoh, aset perniagaan yang tidak dapat diukur dalam unit kewangan seperti bilangan pekerja mahir tidak diambil kira dalam penyata kewangan. Setiap negara akan menggunakan unit mata wang tersendiri. Oleh yang demikian, jika anda ingin membandingkan penyata perakaunan yang disediakan berdasarkan unit mata wang yang berbeza, anda perlulah menukarkan unit kewangan setiap penyata kepada unit yang sama mengikut pilihan anda. Jika penukaran kepada unit yang sama tidak dilakukan, maklumat yang diperolehi tidak mempunyai makna.

d)   Tempoh atau jangka masa perakaunan (accounting period)
Walaupun dalam bahagian terdahulu anda dimaklumkan bahawa sesebuah perusahaan itu diandaikan akan berterusan usianya, bagi tujuan mengukur prestasi, usia perniagaan itu dianggap boleh dibahagikan kepada beberapa tempoh/jangka masa. Kebiasaannya penyata kewangan disediakan setahun sekali. Tahun perakaunan tidak semestinya sama dengan tahun kalendar.
Dengan mengamalkan sistem perekodan secara berkomputer, penyediaan penyata kewangan mengikut tempoh-tempoh yang lebih pendek sehinggakan kepada setiap satu jam jika perlu, dapat dilaksanakan dengan mudah.

e)    Prinsip matawang adalah stabil.
Prinsip ini tidak mengambilkira perubahan nilai sesuatu matawang yang disebabkan inflasi. Nilai matawang diandaikan mempunyai nilai yang stabil.

2.  PRINSIP
a)   Pemadanan (matching)
Mengikut prinsip ini, untuk menentukan untung/rugi sesuatu tempoh, hasil yang diperolehi bagi satu tempoh mesti dipadankan dengan belanja yang dikenakan untuk memperolehi hasil bagi tempoh yang sama. Konsep ini adalah penting untuk mengukur prestasi sesebuah perniagaan bagi sesuatu tempoh.
Sebagai contoh, barang niaga sebanyak 10 unit telah dibeli di awal tempoh perakaunan dengan kos RM1.00 setiap satu. Dalam tempoh perakaunan tersebut, 7 unit telah dijual pada harga RM1.20 satu. Jika prestasi perniagaan diukur dalam tempoh ini, nilai jualan ialah RM8.40 dan kos barang niaga yang telah dijual ini ialah RM7.00 bukan RM10.00. Ini adalah kerana dalam menjanakan hasil sebanyak RM8.40, hanya 7 unit barang niaga dijual bukan 10. Sekiranya terdapat belanja lain bagi perkhidmatan atau perkara lain yang terpaksa ditanggung bagi menjanakan hasil RM8.40 itu, belanja-belanja ini juga perlu ditolak daripada RM8.40 sebagai mematuhi konsep pemadanan.

b)   Kos Sejarah (historical cost)
Mengikut konvensyen ini, aset dilaporkan dalam kunci kira-kira pada kos sejarah(kos asal) atau pada nilai yang berasaskan kos sejarah. Nilai pasaran semasa aset diabaikan untuk tujuan pelaporan luar. Walaupun penggunaan kos sejarah akan meningkatkan lagi objektiviti penyata kewangan (dan seterusnya kebolehpercayaan/reliabiliti) tetapi ia mungkin dianggap kurang relevan bagi kebanyakan pengguna yang lebih inginkan nilai semasa. Perkembangan semasa pelaporan perakaunan memerlukan pelaporan yang berasaskan nilai saksama (fair value reporting). Dalam keadaan ini, kemungkinan nilai yang diterima pakai bukan berdasarkan kos sejarah. FRS 101 yang menggantikan MASB 1 memuatkan peraturan berkaitan falsafah pelaporan yang menitikberatkan kerelevanan maklumat kepada pengguna. Dasar berkaitan nilai terkini dibentangkan untuk mengatasi masalah kurang relevan maklumat yang disediakan berasaskan kos sejarah.

c)   Catatan bergu
Mengikut konsep ini, semua urus niaga perniagaan mempunyai dua aspek atau kesan. Oleh yang demikian, bagi setiap urus niaga (pada peringkat yang paling terperinci), catatan akan dibuat sebanyak dua kali. Sebagai contoh, apabila perniagaan mendapat pinjaman daripada bank sebanyak RM10,000; kesan daripada urus niaga ini ialah, aset perniagaan bertambah sebanyak RM10,000 dan pada masa yang sama perniagaan ini mempunyai tanggungan sebanyak RM10,000. Setiap urus niaga akan mempengaruhi sekurang-kurangnya dua catatan. Satu catatan ialah di bahagian debit dan satu lagi di bahagian kredit.

d)   Realisasi/Pengiktirafan hasil
Hasil boleh diiktiraf apabila perkhidmatan telah diberikan atau barangan telah diserahkan. Ini bermaksud pengiktirafan hasil perlu dilakukan tanpa mengambil kira sama ada tunai (wang) yang terlibat dalam sesuatu urusniaga telah bertukar tangan atau tidak.

3. KONVESYEN
Asas akruan (accrual basis)
Sesebuah perusahaan perlu menyediakan penyata kewangan mengikut asas akruan kecuali maklumat aliran tunai. Mengikut perakaunan asas akruan, urus niaga dan peristiwa diiktiraf apabila ia berlaku (bukan bila tunai diterima atau dibayar). Ini bermaksud semua urus niaga direkodkan sebagai urus niaga tempoh ia berlaku dan seterusnya dilaporkan dalam penyata kewangan dalam tempoh yang sama..
Sebagai contoh, andaikan perniagaan membeli barang niaga pada bulan Januari X1 dan bayaran hanya dibuat pada bulan Januari X2. Mengikut perakaunan asas akruan, urus niaga ini perlulah dilaporkan dalam tahun perakaunan X1 bukan X2.Belanja diiktiraf dalam penyata pendapatan berdasarkan perkaitan langsung di antara belanja tersebut dengan hasil yang diperoleh. Oleh itu setiap urus niaga yang dilaporkan dalam sesuatu laporan perakaunan yang disediakan berdasarkan asas akruan adalah sememangnya berkaitan tempoh yang diliputi oleh laporan tersebut. Ini bermakna sesuatu penyata pendapatan itu akan mencakupi semua hasil yang terjadi dalam tempoh yang dilaporkan serta belanja yang berkaitan dengan tempoh laporan yang sama. Belanja dikatakan sebagai dipadankan dengan pendapatan yang berkaitan.

4.  DOKTRIN
a)   Kematerialian  (materiality)
Maklumat dianggap material sekiranya maklumat itu, jika tidak didedahkan (undisclosed), boleh mempengaruhi keputusan ekonomi yang dibuat oleh pengguna berasaskan penyata kewangan.Kematerialan bergantung kepada saiz dan sifat sesuatu item yang dinilai dalam eadaan tertentu. Kedua-dua ciri ini dinilai bersama. Salah satu ciri ini boleh jadi faktor penentu.
Keperluan pendedahan spesifik piawaian MASB tidak perlu dipatuhi jika maklumat yang dihasilkan adalah tidak material. Dari segi persembahan, setiap item yang material perlu dipersembahkan secara berasingan dalam penyata kewangan. Item yang tidak material perlu dijumlahkan dengan item yang sama sifat atau fungsinya dan tidak perlu dipersembahkan secara berasingan.

b)   Konservatisme
Polisi berjaga-jaga iaitu memastikan aset dan keuntungan tidak terlebih nyata dan liabiliti atau rugi  tidak terkurang nyata. Hasil dan untung perniagaan direkodkan jika ia benar-benar berlaku, jika ada jangkaan dalam kerugian akan di ambilkira tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira.Ini bermaksud jika firma atau organisasi beras rgu-ragu tentang sesuatu hasil, hasil tersebut tidak boleh diiktirafkan terlebih dahulu.  Sebaliknya, sesuatu kos perlu diiktirafkan walaupun kos tersebut belum dipastikan.

c) Ketekalan dalam persembahan (consistency)
Persembahan dan klasifikasi item dalam penyata kewangan mesti dikekalkan dari satu tempoh ke tempoh berikutnya kecuali:
 terdapat satu perubahan yang signifikan dalam sifat operasi perusahaan;
atau satu kajian semula persembahan penyata kewangan menunjukkan bahawa perubahan (dalam persembahan dan klasifikasi) akan menghasilkan satu persembahan urus niaga dan peristiwa yang lebih sesuai; atau
 terdapat satu perubahan dalam persembahan yang diperlukan oleh satu piawaian MASB atau sebarang pengumuman teknikal yang diterbitkan oleh MASB atau peraturan/arahan lain.

Contohnya dalam isu kaedah susut nilai, sekiranya perusahaan telah memilih salah satu daripada beberapa kaedah yang dibenarkan mengikut peraturan Piawaian MASB sebagai dasar perakaunannya, kaedah ini hendaklah dikekalkan dalam semua tempoh pelaporan perakaunan kecuali jika salah satu ataupun kedua-dua situasi di atas timbul.



Saturday, May 1, 2010

KOMPUTER DALAM PERAKAUNAN

STPM - KERTAS 2

DEFINISI PERAKAUNAN BERKOMPUTER
**** Merupakan satu kaedah segala maklumat kewangan dan pengurusan menggunakan perisian tertentu yang akan menghasilkan output-output seperti laporan jurnal serta lejar, penyata kewangan, kunci kira-kira dan sebagainya.

KELEBIHAN SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER
(a) Memudahkan kerja-kerja merekod maklumat perakaunan.
(b) Segala maklumat perakaunan dapat disimpan dengan selamat dan boleh dibuat backup file untuk menjamin keselamatan maklumat perakaunan.
(c) Hasil atau output dapat diperoleh dengan segera kerana ada perisian tertentu yang digunakan. (Contohnya perisian UBS, Spreadsheet dan Pengkalan Data)
(c) Menjimatkan masa dan tenaga kerja.
(d) Menjimatkan ruang - maklumat boleh disimpan di media elektronik seperti cakera luit (hard disk).
                                   - menjimatkan tempat menyimpan dan kertas.
(e) Maklumat yang tepat dan sistematik - Imbangan duga yang disediakan pasti seimbang.

KELEMAHAN SISTEM BERKOMPUTER
(a) Jenayah Komputer - kata laluan dicuri, programmer bersubahant dgn org dlm syarikat utk melakukan pencurian tunai syarikat dan lain-lain.
(b) Sistem komputer yg gagal akibat masalah gangguan elektrik. Memerlukan sistem back-up yg kerap.
(c) Wujudnya virus komputer yang merosakkan sistem, program, dokumen dan fail-fail yang sedia ada.
(d) Kewujudan individu yang memasuki sistem orang lain untuk menukar maklumat yang sedia ada (hacker).
(e) Teknologi yang sering bertukar dan memerlukan kos yang tinggi.
(f)  Pemberhentian pekerja. Wujudnya masalah pengangguran.
(g) Kerosakan komputer yang mungkin menyebabkan urusniaga terjejas.
(h) Kemahiran yang khusus - memerlukan kakitangan yang berkemahiran untuk menyelenggarakan komputer.

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN
(a) Saiz perniagaan.
(b) Kos memiliki komputer, perisian yang sesuai, latihan dan penyelenggaraan komponen komputer.
(c) Jenis perniagaan.
(d) Kemahiran.
(e) Keselamatan

Tuesday, April 20, 2010

KAWALAN DALAMAN

PENGGAL 1

KAWALAN DALAMAN

DEFINISI.
Rancangan organisasi dan semua kaedah-kaedah dan prosedur-prosedur yang diikuti oleh pihak pengurusan dalam sesebuah perniagaan bagi memastikan aktiviti-aktiviti organisasi berjalan dengan lancar untuk mencapai objektif organisasi.


OBJEKTIF KAWALAN DALAMAN
1. Menjaga keselamatan aset supaya tidak berlaku penyelewengan, kerosakan atau kecurian yang mana akan menyebabkan kerugian pada syarikat
2. Supaya operasi perniagaan boleh dijalankan mengikut prosedur yang teratur, mematuhi arahan pengurusan dilaksanakan.
3. Meningkatkan kecekapan operasi
4. Memastikan rekod-rekod perakaunan tepat dan boleh dipercayai.

Ciri-ciri/unsur kawalan dalaman yang berkesan
Kawalan fizikal aset
Dokumentasi/Prosedur Pendokumenan
Pengasingan tugas
Penetapan tanggungjawab/tugas
Giliran tugas
Pengesahan dalaman/kelulusan bebas

Langkah atau contoh Unsur kawalan
1. Kawalan fizikal aset
* Pengawal keselamatan diupah
* wang tunai dibank setiap hari,
* wang tunai disimpan dipeti besi
* CCTV

2. Pengasingan tugas
* Pekerja yang membuka cek/penerima cek berasingan dari yang merekod.
* Tugas menerima wang daripada pelanggan perlu dilakukan oleh orang yang berbeza dengan tugas merekod urusniaga tersebut dalam rekod perakaunan.
* Seorang pekerja tidak boleh membuat kerja yang berlainan

3. Pendokumenan
* Ada nombor dokumen bersiri sebagai bukti.
* Menyediakan dalam beberapa salinan.

4.Penetapan tanggung jawab
* Harus ditentukan dengan jelas segala tugasan
* Carta organisasi atau fail meja

5. Pusingan tugas
* Seorang pekerja tidak boleh melakukan tugas yang sama pada masa yang panjang.
* Perlu diberi cuti, tugasnya diserahkan kepada orang lain untuk penyemakan

6. Pengesahan /kelulusan
* Tandatangan / cop
* Pembayaran/belian perlu ada kelulusan pihak yang berautoriti
* Melakukan pemeriksaan untuk pengesahan secara berterusan atau mengejut.

Kawalan Dalaman Untuk Penerimaan Tunai
Penetapan tugas
- Hanya juruwang boleh menerima tunai.
Pengasingan tugas
- Individu berbeza menerima, merekod dan memegang tunai.
Pendokumenan
- Ada pita mesin daftar tunai, slip deposit dan lain-lain sebagai bukti.
Kawalan fizikal
- Simpan tunai dalam peti besi dan bank.
Pengesahan bebas
- Penyelia mengira jumlah tunai setiap hari.
- Bendahari membandingkan jumlah tunai diterima dengan slip deposit bank.
Pusingan tugas
- Menukar ganti tugas antara kakitangan yang menerima tunai, merekod tunai dan memegang tunai.

Kawalan Dalaman Untuk Pembayaran Tunai
Penetapan tugas
- Hanya kakitangan yang sah layak menandatangani cek.
Pengasingan tugas
- Individu yang berlainan untuk meluluskan dan membuat pembayaran.
Prosedur pendokumenan
- Cek perlu berpranombor dan digunakan mengikut urutan.
- Perlu ada baucar dan invois untuk setiap cek pembayaran.
- Tanda dengan cap "SUDAH BAYAR" pada setiap invois dan baucar yang sudah dibuat pembayaran.
Kawalan fizikal
- Cek kosong perlu disimpan dalam peti simpanan atau laci berkunci.
Pengesahan bebas
- Perbandingan perlu dibuat diantara cek dengan invois.
- Penyata penyesuaian bank perlu dibuat setiap bulan.
Pusingan tugas
- Menukar ganti tugas antara kakitangan yang membuat bayaran dan merekod urus niaga tersebut.

Countdown SPM & STPM

There was an error in this gadget

Search This Blog