Thursday, July 1, 2010

KAWALAN BELANJAWAN

STPM KERTAS 2
1. Penting bagi sesebuah perniagaan untuk membuat perancangan dan meningkatkan prestasi di masa-masa akan datang.

2. Definasi :- satu penyata kuantitatif dan kewangan yang disediakan untuk tempoh akan datang dan polisinya diikuti sepanjang tempoh itu yang bertujuan untuk mencapai sesuatu objektif.

3. Objektif sistem kawalan belanjawan :-
(a) Perancangan – merancang aktiviti supaya objektif boleh tercapai.
(b) Koordinasi – menggabungkan semua aktiviti terhadap pencapaian objektif.
(c ) Motivasi –menggalakkan kerjasama diantara semua pihak bagi menjayakan sesuatu perancangan.
(d) Penilaian – menilaikan prestasi dari masa ke semasa dengan membandingkan prestasi sebenar dengan yang dirancangkan.
(e) Perlaksanaan – tindakan yang sewajarnya diambil untuk memulihkan keadaan apabila prestasi tidak memuaskan.

4. Jenis-jenis belanjawan.
A : Belanjawan Jualan
                 * Disediakan oleh pengurus jualan
                 * Tujuannya untuk merancang volum yang patut dijual
                 * Ramalan berdasarkan berdasarkan kepada:-
                 i – Pengalaman dan pengetahuan tentang pasaran dan pesaing
                ii – Laporan daripada jurujual tentang pasaran dan citarasa pelanggan
               iii – laporan kajian dan penyelidikan
               iv – Analisis daripada data-data statistik yang terkumpul

B : Belanjawan Pengeluaran
                * Disediakan oleh pengurus pengeluaran.
                * Tujuannya untuk merancang volum yang patut dikeluarkan
                * Anggaran pengeluaran bergantung kepada:-
                i – Anggaran jualan
               ii – Pegangan stok bagi sesuatu tempoh

               Pengeluaran diperlukan = Anggaran Jualan + Stok Akhir – Stok Awal

C : Belanjawan Penggunaan Bahan
               * Disediakan oleh pengurus pengeluaran
               * Amaun yang diperlukan bergantung kepada :-
               i – Bahan yang digunakan untuk setiap unit barang siap
              ii – Peruntukan tentang pembaziran dan kerosakan

D : Belanjawan Belian Bahan
              * Diuruskan oleh pengurus belian
              * Amaunnya bergantung kepada :-
              i – Amaun bahan yang akan digunakan
             ii – Anggaran pegangan stok
          Anggaran Belian = Anggaran Penggunaan + Stok Akhir – Stok Awal

E : Belanjawan Buruh Langsung
             * Disediakan oleh pengurus kakitangan
             * Merancang penggunaan tenaga buruh bagi mengeluarkan produk yang
                dirancangkan
             * Jumlah jam kerja bergantung kepada:-
             i – Masa yang diperlukan untuk mengeluarkan barang siap
            ii – Peruntukan masa terbiar dan kerosakan mesin

F : Belanjawan Overhed Kilang
            * Disediakan oleh pengurus kilang
            * Tujuannya menganggarkan jumlah overhed yang dijangka akan berlaku.
            * Amaun overhed bergantung kepada tabiat overhed sama ada tetap atau
               berubah.

G : Belanjawan Tunai
            * Disediakan oleh ketua akauntant
            * Tujuannya melihat penerimaan dan pembayaran bagi sesuatu tempoh
            * Kekurangan akan dibiayai oleh pinjaman

H : Penyata Pendapatan Pro-forma
             * Anggaran hasil dan belanja bagi sesuatu tempoh untuk menentukan
                keuntungan

I : Kunci Kira-kira Pro-Forma
             * Anggaran baki-baki bagi akaun yang terlibat.

No comments:

Post a Comment

Countdown SPM & STPM

Fish

Search This Blog

Loading...